Home

INFO TERKINI:

13-04-2010: Terbaru di blog ANAKKU HARRAZI! Kami juga menjual pakaian bayi dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun buat permulaan, kami menjual pakaian untuk kanak-kanak perempuan sahaja. Sila lihat di menu Pakaian Perempuan untuk melihat baju-baju yang dijual oleh ANAKKU HARRAZI.

29-03-2010: InsyaAllah, bulan hadapan stok baru akan tiba beserta 3 CORAK BARU YANG MENARIK! Ini menjadikan DyanaCD bakal mempunyai 8 CORAK DIAPER PRINTED. Nantikan kemunculannya.

23-03-2010: Untuk makluman semua, buat masa ini DyanaCD hanya mengeluarkan produk CLOTH DIAPER PRINTED SAHAJA (dengan corak yang baru). CLOTH DIAPER PLAIN sudah tidak dikeluarkan lagi oleh DyanaCD buat masa ini.
Sila rujuk pada menu Diaper Printed untuk melihat corak-corak terbaru dari DyanaCD.


TERBARU DI PASARAN!!!

Memperkenalkan CLOTH DIAPER! produk terbaru di pasaran Malaysia, dengan CORAK YANG LEBIH MENARIK! Produk yang bakal memberi manfaat kepada Mummy & Daddy di Malaysia!



Apa itu Cloth Diaper?

Cloth Diaper (CD) merupakan 'pampers' boleh dibasuh dan boleh digunakan semula. Seperti Mummy & Daddy membasuh pakaian anak-anak Mummy & Daddy.

Pernah tengok kain lampin putih tu tak? Suatu masa dahulu, Mummy kita menggunakan kain lampin tersebut sebagai 'pampers' untuk kita. Penggunaan kain lampin sangat elok kerana ia merupakan kain (bukan bahan plastik seperti disposable pampers masakini) dan boleh dibasuh serta digunakan berulang kali. Siapa tahu macamana nak lipat kain lampin 4 segi ini menjadi pampers? Hehehe, mesti korang teringat kembali skil melipat kain lampin, dr 4 segi menjadi 3 segi, ditengahnya dilipat tebal sedikit, pastu diikat menggunakan pin? Hahaha... kenangan...

Kini, penggunaan Cloth Diaper (CD) ini menyamai konsep penggunaan kain lampin masa dahulu, tetapi ia telah dimodenkan dan dibentuk menyerupai disposable pampers masakini. Boleh dibasuh, boleh digunakan semula, dan menjimatkan.


Kelebihan Cloth Diaper?

1. Boleh dibasuh dan dipakai semula sehingga anak anda pandai belajar ke tandas dengan sendiri!

2. Sangat senang dibersihkan berbanding kain lampin biasa dan ia juga cepat kering selepas basuhan.

3. Sesuai untuk bayi yang sensitif kulitnya. Cloth diaper ini tiada campuran bahan kimia yang boleh menyebabkan ruam lampin yang menyakitkan anak
(free nappy rashes).

4. Lapisan luar cloth diaper dibuat daripada bahan PUL
(poly-urethane laminate) yang mana bahan ini merupakan bahan yang kalis air (waterproof).

5. Lapisan dalam cloth diaper pula adalah dari bahan
microfleece, lapisan yang bertindak sebagai liner. Air kencing anak-anak Mummy & Daddy akan terus diserap ke dalam insert menyebabkan anak-anak Mummy & Daddy sentiasa kering.

6. Membantu menyelamatkan alam sekitar. Lebih mesra alam. Tiada bahan plastik dan bahan-bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Tahukah Anda: Sekeping pampers pakai buang yang kita gunakan selama ini mengambil masa selama 300-500 tahun untuk dilupuskan!

7. Saiznya yang
'adjustable' mengikut keselesaan kanak-kanak.

8. Paling penting, menjimatkan! Anda tidak perlu membeli lagi pampers pakai buang setiap bulan kerana dengan penggunaan CD, anda boleh ulang pakai sehinggalah anak tahu ke tandas sendiri! Malah boleh disimpan dan digunakan semula untuk anak-anak anda yang seterusnya nanti!

9. Penggunaannya sangat kemas, selesa dan mudah dipakai. Terdapat 2 jenis cloth diaper; jenis butang
(button) dan pelekat (velcro).

10. Mempunyai banyak pilihan warna dan corak untuk koleksi anak-anak
Mummy & Daddy.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS